Pages

Wednesday 27 May 2009

TERPUJI JIKA KITA HARGAINYA

Bukan luaran sahaja perlu dilihat malahan sifat dalaman seseorang individu harus dinilai sebaiknya. Kini sukar kita membezakan yang mana kaca dan juga permata kerana kemodenan mampu kaburkan mata orang lain.

Ada pihak yang mengatakan, luaran yang baik tidak menjamin kebaikan sebenar dalam dirinya apatah lagi apabila hati yang kecil ditutupi gerak-gerinya. Ada pula yang mengatakan walaupun luarannya seperti kurang agama tetapi hatinya sentiasa mencari kebenaran. Oleh itu, situasi tersebut menggambarkan sifat luaran seseorang manusia tidak boleh mengadili keperibadiannya. Yang harus diutamakan adalah hati dan jiwanya. Dari keperibadian seperti jiwa dan hati itu, maka keperibadian luaran akan berubah kepada kebaikan bergantung pada masa dan situasi. Tanpa hati yang ikhlas, sesuatu perubahan tidak akan kekal lama.

Dalam ayat ini, sekiranya setiap muslim melaksanakan tanggungjawab amar ma’aruf dan nahi mungkar, maka sudah pasti kita akan menjadi “khaira ummah” iaitu ummah yang unggul dalam erti kata menjadi ummah contoh yang diikuti sepanjang zaman.

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم :
( Surah al-Hujurat ayat : 15 )
Yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)”.

Biar kita dicontohi kerana keperibadian dalaman yang terpuji mulia daripada kita hanya berpura-pura berbuat baik tanpa keikhlasan dalam hati. Biar Allah memahami dan mendengar niat baik kita daripada kita hanya bercerita kebaikan kita pada orang lain.

No comments:

Post a Comment