Pages

Saturday 20 November 2010

APABILA LAUT BERTEMU SUNGAI?


Dari surah ar rahman,ayat 19 - 22, maksudnya:
"Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan. Dari keduanya keluar mutiara dan marjan."

Juga dari surah al Furqan, ayat 53 yang bermakna:
"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan), yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit, dan Dia menjadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi".






Pertemuan antara sungai dan laut biasanya terjadi di bahagian muara sungai di mana kemasinan antara sungai dan laut amat berbeza, maka keduanya tidak pernah langsung bercampur seolah-olah satu dinding yang memisahkan antara keduanya di bahagian muara yang menyebabkan air sungai kekal tawar dan air laut kekal masin.

Dinding / batas tersebut di namakan sea barriers.

Dalam ayat Al-Quran di atas, perkataan "Barzaakh" digunakan untuk menunjukkan makna pemisah atau pengasing antara dua benda, tetapi bukan dalam bentuk jisim. Selain itu, perkataan "maraja" juga digunakan dalam ayat ini. Perkataan "maraja" bermaksud, berjumpa atau bergaul. Penggunaan dua perkataan yang mempunyai maksud yang berbeza ini telah menyukarkan ahli-ahli tafsir pada zaman dahulu membuat tafsiran tentang kedua-duanya, iaitu berjumpa dan bergaul, tetapi pada masa yang sama terdapat penghalang / pemisah di antara kedua-duanya. Walaubagaimanapun, sains moden juga telah menjumpai satu fenomena di mana apabila air tawar (sungai) dan air masin (laut) berjumpa dan bergaul, terdapat pemisah atau penghalang di antara kedua-duanya untuk bercampur. Ini menyebabkan terdapat perbezaan antara 2 jenis air ini, dari segi suhu, kemasinan dan kepekatan.

http://www.quranandscience.com/index.php?option=com_content&view=article&id=127:the-description-of-the-barrier-between-two-seas&catid=50:earth&Itemid=59

Thursday 18 November 2010

MAJLIS QURBAN PERDANA




Monday 15 November 2010

DATANGLAH BERAMAI - RAMAI...

MAJLIS QURBAN PERDANA

SEMPENA MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

BERTERMPAT : MASJID PARIT TOK KIP, KUALA KURAU

TARIKH : 18 NOVEMBER 2010

ANJURAN : UMNO BAHAGIAN PARIT BUNTAR

Saturday 13 November 2010

JIKA MINAT MELAKUKAN AKTIVITI... MARI KITA BERPERSATUAN....

DAFTARLAH BERSAMA ROY...

BENGKEL PENGURUSAN PERTUBUHAN BELIA MENGIKUT AKTA

TARIKH : 13 NOVEMBER 2010

TEMPAT : KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN JBS PERAK

BAGI MEREKA YANG BERMINAT BERPESATUAN DAN INGIN TERLIBAT DENGAN PERSATUAN ATAU INGIN MENUBUHKAN PERSATUAN BARU... ANDA BOLEH MERUJUK PADA PEJABAT BELIA DAN SUKAN DERDEKATAN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT YANG TEPAT.

Friday 5 November 2010

BILA PENDIDIKAN DIKETEPIKAN...

Faktor wujudnya kelemahan pendidikan di kalangan masyarakat :
1. Ibubapa tidak mengambil perhatian sepenuhnya terhadap anak-anak yang bersekolah sedangkan masa di rumah lebih lama berbanding di sekolah
2. Ibupada meletakkan 100% tanggungjawap mendidik anak2 mereka kepada guru di sekolah.
3. Tiada pemantauan secara langsung terhadap persekolahan anak-anak.
4. Ibubapa tidak cenderung memberi pendedahan yang meluas terhadap pendidikan harus sebaliknya menganggap anak-anak harus pandai berdikari untuk belajar dan mencari ilmu pengetahuan dengan sendiri.
5. Ibubapa tidak kisah tentang kepentingan pendidikan secara umum dan khususnya.
6. Guru tidak mempedulikan tentang kelemahan pelajar dan ada segelintir mereka hanya mengambil mudah akan tanggungjawab tersebut dengan pergi dan balik ke sekolah kerana tugas untuk mendapatkan pendapatan bulanan. ( sesetangah individu berpendapat kerja guru mudah sikit , pelajar bercuti, mereka pun turut bercuti )