Pages

Saturday 20 June 2009

BERSATU BUKAN SATU KERUGIAN....

Perbincangan UMNO dan PAS mengenai kerajaan perpaduan adalah satu idea yang baik seperti mana dituntut sebagai umat islam dan sememangnya ia wajar dipercepatkan supaya tiada lagi persengketaan dalam membentuk sebuah masyarakat yang harmoni dan bermaruah. Andai niat pembentuknnya kearah kebaikan apatah lagi jika ditambah pula hati yang ikhlas. Perpaduan yang diidamkan terbukti mendapat sokongan dalam membentuk sebuah komuniti yang aman dan bahagia.

Sebagai masyarakat Malaysia yang berbudayakan ketimuran, apatah lagi masyarakatnya yang penuh dengan sifat yang sopan dan terpuji andai diamalkan walaupun masing-masing berbeza agama dan persefahaman. Kita harus percaya tiada agama yang menggalakkan umatnya melakukan kejahatan sebaliknya mereka dididik dengan kebaikan yang tidak berbelah bagi dalam setiap kehidupan.

Kata TPM baru-baru ini, “ peminpin pas yang menentang pertemuan itu berdasarkan pengalaman peribadi beliau, wajar melupakan sengketa lama, demi perpaduan nasional kerana perkara yang baik tidak patut dilambat-lambatkan.” ( sumber : Berita Harian, 20 jun 2009 )
Setiap keputusan dan tindakan yang dilakukan seharusnya bijak dan berhemah apatah lagi jika banyak pengalaman yang kita lalui serta akal yang tidak berhenti berfikir untuk memperbaiki diri dan sikap untuk menjadi pemimpin yang baik.

Hasad dengki dan dendam tidak wajar diamalkan kerana sifat buruk itu boleh membunuh sesebuah perhubungan yang memerlukan keikhlasan dan perhatian yang sempurna. Jangan kerana pengalaman buruk yang pernah kita lalui, kita mula bertindak untuk menghukum orang lain kerana tidak dapat melupakan peristiwa tersebut. Sebaliknya kita yang berpengalaman tidak kira baik atau buruk seharusnya memberi nasihat dan idea yang berguna dalam sebuah pembentukan komuniti dan bukan menghalang kebaikan dan menggalakkan lagi persengketaan. Apatah lagi jika kita dikagumi oleh orang ramai. Kita adalah yang terbaik di mata mereka. Oleh yang demikian berilah sumbangan terbaik untuk mereka.

Sedihnya bila melihat pergaduhan sesame bangsa, apatah lagi sesame agama… Lemahnya pemikiran apabila orang lain memandandang kearah kita…

Dalam arus politik ini, kita sebenarnya diuji untuk menjadi khalifah yang terbaik selain kita diberi peluang memperbaiki kelemahan yang ada… Jangan kita terlalu fanatik dan taksub pada mana-mana individu sehingga kita tidak dapat membuat penilaian yang terbaik dan bersikap tidak rasional dalam melakukan sesuatu perkara. Kita harus melatih diri sendiri untuk menjadi pemimpin yang bijak dan berilmu dengan cara kita sendiri asalkan tidak memburukkan orang lain. Sekali kita memburukkan orang lain, maka keburukan itu sebenarnya menggambarkan diri sendiri. Fikir dan renungkanlah….

Kepimpinan adalah anugerah yang diberi kepada setiap individu, Cuma yang membezakan adalah saiz dan bentuknya… segalanya bergantung pada kemampuan diri individu itu sendiri…
Kita adalah insane yang lemah jika mempraktikkan diri memimpin hanya dengan menggunakan akal sebaliknya kasih sayang diketepikan dan tidak diamalkan kerana keegoan diri sendiri. Bila tiada kasih sayang dalam kehidupan maka tidak hairan hati kita menjadi keras dan lemah dengan sebarang perkara yang melalaikan seperti pangkat, harta, perempuan dan sebagainya.

Wednesday 10 June 2009

LAGU PUTERI UMNO

Dengan berkat doa, hasrat ikhlas dijiwa
Kami berusaha dengan setia
Berikrar berjanji, bersatu, teguh hati
Pertahan kedaulatan bangsa merdeka

Dengan bersemangat tabor bakti dan khidmat
Untuk rakyat di kota dan di desa
Hingga ke titisan darah yang terakhir
Rela berjuang demi maruah bangsa

Kamilah PUTERI pewaris bangsa dan negara
Rela untuk berkorban harta dan nyawa
Demi agama, bangsa dan negara
PUTERI UMNO terus mara

PUTERI UMNO akan tetap setia
PUTERI UMNO akan terus mara