Pages

Saturday 23 May 2009

Pengenalan : Bersama Pemimpin @ Ketua Pu3 UMNO Cawangan






AMRINA MD SAAD


Kepimpinan Puteri Cawangan Titi Serong mula terbentuk pada tahun 2004 setelah adanya sambutan dari golongan belia tempatan. Tanggal Julai 2004, pihak jawatan kuasa tertinggi Umno Cawangan yang dipersetujui oleh Bahagian Parit Buntar telah melantik Amrina Md Saad, sebagai Ketua Peneraju Puteri Umno Cawangan Titi Serong dalam memimpin semua ahli di samping membawa perubahan yang dinamik dan kreatif dalam membentuk pembaharuan serta menjadi sayap penting dalam kepimpinan politik Umno Bahagian, negeri mahupun pusat.

Usia muda bukan satu penghalang untuk kita sebagai khalifah memegang tanggungjawab sebagai pemimpin sekiranya ada keikhlasan dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu. Walaupun usianya muda, kepercayaan yang diberikan untuk menerajui kepimpinan kecil ini mencabar kredibiliti kepimpinannya dalam sesebuah organisasi. Perlantikannya dikala usia 20 tahun merupakan satu cabaran besar dalam menguji kemampuan, kesabaran, ketabahan dan kebijaksanaan dalam dunia kepimpinan.

Sejak belajar di Universiti Utara malaysia, beliau telah pun aktif dalam kepimpinan sehingga dilantik sebagai salah seorang Ahli Perwakilan Pelajar bagi menjaga kebajikan dan menjadi icon pelajar dalam menjadi pemudah cara bagi semua pelajar dengan pihak pentadiran universiti. Minatnya untuk melibatkan diri dalam kegiatan luar sememangnya tidak dapat dinafikan lagi apabila beliau sendiri telah merencanakan program bukan sahaja untuk pelajar universit bahkan masyarakat luar yang terlibat.

Segala pengalaman yang dicari akhirnya diberi peluang untuk  dalam mengadaptasi dan mempraktikan ia di sebaiknya di alam pekerjaan dan  terus belajar berbakti untuk masyarakat setempat bermula di kampung halaman.

Profil Amrina Md Saad

Nama : Amrina Md Saad

Tarikh Lahir : 27 November 1984

Asal : Parit Buntar , Perak

Pendidikan :
UPSR - Sek. Keb. Titi Serong ( 1991 - 1996 ),

PMR & SPM - S.M.K.Seri Perak ( 1997 - 2001 ),

STPM - Sek.Men. Panglima Bukit Gantang ( 2002 - 2003 )

Ijazah Sarjana Muda Ekonomi - Universiti Utara Malaysia ( 2004-2008 )

Master Sains ( Ekonomi ) - Universiti Putra Malaysia ( 2012 - kini )

Jawatan pertubuhan :

- Ahli Kelab Rukunegara, Universiti Utara Malaysia

- Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia 2005/06
(Exco Pembangunan Komuniti Dan Integrasi Kaum)

- Ketua Puteri Umno Cawangan Titi Serong (2004 hingga kini )

- Naib Ketua Puteri Umno Bahagian Parit Buntar (2008 hingga kini)

- Naib Pengerusi Wanita Gerakan Belia 4B Kawasan Parit Buntar ( 2008 hingga kini)

AJK Gerakan Belia 4B Negeri Perak

- AJK Biro Ekonomi Umno Parlimen Parit Buntar

                                       Exco MAYANG Parlimen Parit Buntar ( 2008 hingga kini )

                      Ketua Penerangan Kumpulan Pengembangan Wanita ( KPW ) Cawangan Titi Serong

No comments:

Post a Comment