Pages

Sunday 15 November 2009

SEMANGAT SUKAN LAMBANG KERJASAMA


Tanjong Piandang, 15 November - Perlawanan Liga Bola jaring anjuran Pergerakan Puteri Umno Bahagian Parit Buntar mendapat sambutan menggalakkan dari peserta pelbagai peringkat umur. Terdapat 10 pasukan mempertaruhkan tenaga untuk menggelarkan diri mereka sebagai juara dari jam 8.30am hingga 3.00pm.

Pertandingan ini bukan sahaja mewujudkan semangat kesukanan di kalangan masyarakat bahkan ia turut memberi peluang kepada Puteri Umno mendekati masyarakat tempatan. Dengan melibatkan diri aktiviti bersukan, mereka yang terlibat dapat meningkatkan keyakinan diri dalam persembahan serta memupuk sifat kerjasama berpasukan dalam mencapai sesuatu matlamat selain meningkatkan kecerdasan fizikal mahupun mental. - Catatan : Puteri Umno Titi Serong

Info menarik :
  • pasukan rela turut memberi kerjasama dalam menjayakan program ini selain menambah ahli relawan dan relawati tempata.
  • Seluruh ahli puteri sibuk membuat persiapan dari semua segi untuk memastikan kelancaran program tersebut di samping menambah bilangan ahli puteri kawasan.
  • Pihak sekolah amat mengalukan aktiviti berfaedah untuk dimanfaatkan kepada seluruh rakyat tempatan.
  • Peserta turut berpeluang membuat pendaftaran pemilih dengan mudah.


Thursday 12 November 2009

Menggarap 1Perjuangan, Mengukuh Puteri, Menjulang Parti


Gambar perhiasanan : Barisan Puteri Bahagian Parit Buntar ketika Persidangan Puteri Umno Malaysia di PWTC, KL.


Maksud ungkapan di sebalik 'PUTERI'

P : Pertiwi di medan bakti UMNO yang dikasihi
U : Usah ragu dan bertongkat dagu
T : Terimalah Kekurangan dan Kelebihan Diri
E : Endahlah pada perjuangan pucuk kepimpinan Negara
R : Redahlah semangat perjuangan dan kesungguhan
I : Insafi dan sedari diri agar UMNO kekal di hati
PERTANDINGAN BOLA JARING
PUTERI UMNO BAHAGIAN PARIT BUNTAR

Bertempat : Sek Men. Raja Lope, Tanjung Piandang
Jam : 10 am - 5.00 pm
Tarikh : 15 November 2009 ( Ahad )

Di jemput semua pemain setiap pasukan dan seluruh penduduk tempatan.

PERTANDINGAN BOLA JARING PUTERI UMNO BAHAGIAN PARIT BUNTAR

Thursday 20 August 2009

Persidangan UMNO Bahagian Parit Buntar



















Persidangan UMNO Bahagian Parit Buntar
















Monday 20 July 2009

Persidangan Puteri Umno Parlimen Parit Buntar, Perak

Wakil dari cawangan Titi Serong : Dari kiri Sarimah, Amrina, Azmah dan Azreena

Sesi persidangan sedang berlangsung

Naib Ketua Puteri, Amrina Md saad menyampaikan cenderahati kepada Ketua Umno Bahagian Parit Buntar


Y.Bhg. Dato' Hj. Abdul Raman Suliman sedang memberi ucapan dan seterusnya merasmikan persidangan tersebut.
PERSIDANGAN PUTERI UMNO BAHAGIAN PARIT BUNTAR
Tarikh : 14 Julai 2009
Tempat : Dewan Seri Krian
Masa : 2.30
Perasmian : Ketua Umno Bahagian Parit Buntar, Y.Bhg. Dato' Hj. Abdul Raman Suliman

Persidangan Puteri Umno Parlimen Parit Buntar, Perak



Friday 10 July 2009

PEMANTAPAN BI DI SEKOLAH - Masa subjek lain dipendekkan

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran semalam menjelaskan waktu persekolahan tidak akan dipanjangkan walaupun masa pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Inggeris (BI) ditambah. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, sebaliknya berkata masa pembelajaran sesetengah subjek akan dipendekkan dalam pelaksanaan strategi baru untuk memartabatkan Bahasa Malaysia (BM) dan memantapkan BI.

Beliau memberi contoh waktu pembelajaran muzik antara yang akan dipendekkan dan masa berkenaan dipindahkan kepada pengajaran BI. "Pelajar tidak akan terbeban dengan pelaksanaan ini, malah waktu persekolahan tidak dilanjutkan," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini. Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan semula dalam BM, manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina serta Tamil dalam bahasa ibunda masing-masing mulai 2012. Berikutan itu, BI akan dimantapkan dengan pertambahan waktu pembelajaran subjek berkenaan.

Mengenai penyediaan buku teks terutama bagi pelajar yang telah mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam BI (PPSMI), Alimuddin berkata, ia mungkin dicetak dalam dwi-bahasa untuk mengelakkan timbul masalah di kalangan pelajar. Beliau juga berkata, setakat ini kementerian belum membuat keputusan berhubung cadangan melaksanakan peraturan mewajibkan pelajar lulus BI dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagaimanapun, katanya, melalui ribuan e-mel dan maklum balas yang diterima setakat ini, 80 peratus menyatakan persetujuan berhubung perkara itu tetapi dengan syarat kementerian mesti menyediakan guru BI terlatih serta kemudahan pembelajaran yang efisien. Mengenai pengambilan lebih 13,000 guru BI termasuk 600 yang sudah bersara, Alimuddin berkata, guru bersara boleh memohon terus kepada kementerian dan akan tempatkan di kawasan mereka tinggal supaya tidak perlu berpindah.

"Saya rasa ramai yang akan memohon kalau diberi peluang. Jika mereka ditempatkan di kawasan sendiri, saya rasa kita tidak ada masalah untuk dapatkan 600 orang yang disasarkan," katanya. Alimuddin juga berharap ibu bapa menyokong usaha kerajaan memantapkan BI, termasuk menyediakan bahan bacaan di rumah atau menggunakan teknologi, maklumat dan komunikasi. "Saya cadangkan ibu bapa menyediakan sekurang-kurangnya akhbar berbahasa Inggeris di rumah, majalah, novel atau buku bahasa Inggeris kepada anak-anak," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kerajaan memperuntukkan kira-kira RM5 bilion untuk memperkasakan pengajaran dan pembelajaran BI di sekolah rendah serta menengah bagi tempoh 2011 hingga 2015. "Peruntukan itu akan membiayai pelaksanaan pelbagai langkah untuk memantapkan penguasaan BI, termasuk pengambilan guru asing terutama dari United Kingdom dan Australia," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen. Ketika ini, 34,767 guru BI mengajar di sekolah rendah dan menengah seluruh negara. Mengenai pengambilan guru dari kalangan graduan universiti swasta, Mohd Puad berkata, perkara itu akan dibincang dengan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran supaya ada kolaborasi antara kedua-dua pihak terutama berhubung latihan praktikal.

Mohd Puad berkata, ada juga cadangan supaya kementerian mewujudkan Institut Pendidikan Guru khusus untuk BI dan setakat ini sebuah pusat latihan di Nilai akan menjadi pusat kecemerlangan bagi melahirkan guru pakar dalam bahasa itu. Mengenai bayaran insentif subjek pendidikan (BISP) berikutan pemansuhan PPSMI, beliau berkata, guru Sains dan Matematik tidak akan menerima bayaran itu mulai 2012 yang berjumlah kira-kira RM40 juta setahun. Ketika ini, 61,040 guru Matematik mengajar di sekolah rendah dan 26,389 di sekolah menengah, manakala 46,946 guru Sains di sekolah rendah dan 25,781 di sekolah menengah. "Lebih baik wang yang kita belanjakan bagi PPSMI seperti BISP, digunakan untuk menterjemahkan lebih banyak buku rujukan dalam bahasa Melayu bagi kegunaan pelajar.

Institut Terjemahan Negara Malaysia di bawah kementerian ada keupayaan dan pakar yang profesional," katanya. Mengulas kekeliruan orang ramai mengenai tempoh tiga tahun bagi memansuhkan PPSMI, Mohd Puad berkata, langkah itu mesti dilaksanakan secara `tertib' supaya tidak berlaku kejutan. Beliau berkata, kementerian juga tidak akan mempertimbangkan cadangan supaya PPSMI dilaksanakan pada peringkat sekolah menengah.

Sumber : Berita harian, 10 Julai 2009

Motivasi kecemerlangan Pelajar 2007










































href="http://3.bp.blogspot.com/_0DC7vywcgHg/TOhmxuKuJOI/AAAAAAAAAKU/WGcLttuXNJs/s1600/DSCN4008.JPG">

Motivasi kecemerlangan Pelajar 2006
























Saturday 20 June 2009

BERSATU BUKAN SATU KERUGIAN....

Perbincangan UMNO dan PAS mengenai kerajaan perpaduan adalah satu idea yang baik seperti mana dituntut sebagai umat islam dan sememangnya ia wajar dipercepatkan supaya tiada lagi persengketaan dalam membentuk sebuah masyarakat yang harmoni dan bermaruah. Andai niat pembentuknnya kearah kebaikan apatah lagi jika ditambah pula hati yang ikhlas. Perpaduan yang diidamkan terbukti mendapat sokongan dalam membentuk sebuah komuniti yang aman dan bahagia.

Sebagai masyarakat Malaysia yang berbudayakan ketimuran, apatah lagi masyarakatnya yang penuh dengan sifat yang sopan dan terpuji andai diamalkan walaupun masing-masing berbeza agama dan persefahaman. Kita harus percaya tiada agama yang menggalakkan umatnya melakukan kejahatan sebaliknya mereka dididik dengan kebaikan yang tidak berbelah bagi dalam setiap kehidupan.

Kata TPM baru-baru ini, “ peminpin pas yang menentang pertemuan itu berdasarkan pengalaman peribadi beliau, wajar melupakan sengketa lama, demi perpaduan nasional kerana perkara yang baik tidak patut dilambat-lambatkan.” ( sumber : Berita Harian, 20 jun 2009 )
Setiap keputusan dan tindakan yang dilakukan seharusnya bijak dan berhemah apatah lagi jika banyak pengalaman yang kita lalui serta akal yang tidak berhenti berfikir untuk memperbaiki diri dan sikap untuk menjadi pemimpin yang baik.

Hasad dengki dan dendam tidak wajar diamalkan kerana sifat buruk itu boleh membunuh sesebuah perhubungan yang memerlukan keikhlasan dan perhatian yang sempurna. Jangan kerana pengalaman buruk yang pernah kita lalui, kita mula bertindak untuk menghukum orang lain kerana tidak dapat melupakan peristiwa tersebut. Sebaliknya kita yang berpengalaman tidak kira baik atau buruk seharusnya memberi nasihat dan idea yang berguna dalam sebuah pembentukan komuniti dan bukan menghalang kebaikan dan menggalakkan lagi persengketaan. Apatah lagi jika kita dikagumi oleh orang ramai. Kita adalah yang terbaik di mata mereka. Oleh yang demikian berilah sumbangan terbaik untuk mereka.

Sedihnya bila melihat pergaduhan sesame bangsa, apatah lagi sesame agama… Lemahnya pemikiran apabila orang lain memandandang kearah kita…

Dalam arus politik ini, kita sebenarnya diuji untuk menjadi khalifah yang terbaik selain kita diberi peluang memperbaiki kelemahan yang ada… Jangan kita terlalu fanatik dan taksub pada mana-mana individu sehingga kita tidak dapat membuat penilaian yang terbaik dan bersikap tidak rasional dalam melakukan sesuatu perkara. Kita harus melatih diri sendiri untuk menjadi pemimpin yang bijak dan berilmu dengan cara kita sendiri asalkan tidak memburukkan orang lain. Sekali kita memburukkan orang lain, maka keburukan itu sebenarnya menggambarkan diri sendiri. Fikir dan renungkanlah….

Kepimpinan adalah anugerah yang diberi kepada setiap individu, Cuma yang membezakan adalah saiz dan bentuknya… segalanya bergantung pada kemampuan diri individu itu sendiri…
Kita adalah insane yang lemah jika mempraktikkan diri memimpin hanya dengan menggunakan akal sebaliknya kasih sayang diketepikan dan tidak diamalkan kerana keegoan diri sendiri. Bila tiada kasih sayang dalam kehidupan maka tidak hairan hati kita menjadi keras dan lemah dengan sebarang perkara yang melalaikan seperti pangkat, harta, perempuan dan sebagainya.

Wednesday 10 June 2009

LAGU PUTERI UMNO

Dengan berkat doa, hasrat ikhlas dijiwa
Kami berusaha dengan setia
Berikrar berjanji, bersatu, teguh hati
Pertahan kedaulatan bangsa merdeka

Dengan bersemangat tabor bakti dan khidmat
Untuk rakyat di kota dan di desa
Hingga ke titisan darah yang terakhir
Rela berjuang demi maruah bangsa

Kamilah PUTERI pewaris bangsa dan negara
Rela untuk berkorban harta dan nyawa
Demi agama, bangsa dan negara
PUTERI UMNO terus mara

PUTERI UMNO akan tetap setia
PUTERI UMNO akan terus mara

Wednesday 27 May 2009

TERPUJI JIKA KITA HARGAINYA

Bukan luaran sahaja perlu dilihat malahan sifat dalaman seseorang individu harus dinilai sebaiknya. Kini sukar kita membezakan yang mana kaca dan juga permata kerana kemodenan mampu kaburkan mata orang lain.

Ada pihak yang mengatakan, luaran yang baik tidak menjamin kebaikan sebenar dalam dirinya apatah lagi apabila hati yang kecil ditutupi gerak-gerinya. Ada pula yang mengatakan walaupun luarannya seperti kurang agama tetapi hatinya sentiasa mencari kebenaran. Oleh itu, situasi tersebut menggambarkan sifat luaran seseorang manusia tidak boleh mengadili keperibadiannya. Yang harus diutamakan adalah hati dan jiwanya. Dari keperibadian seperti jiwa dan hati itu, maka keperibadian luaran akan berubah kepada kebaikan bergantung pada masa dan situasi. Tanpa hati yang ikhlas, sesuatu perubahan tidak akan kekal lama.

Dalam ayat ini, sekiranya setiap muslim melaksanakan tanggungjawab amar ma’aruf dan nahi mungkar, maka sudah pasti kita akan menjadi “khaira ummah” iaitu ummah yang unggul dalam erti kata menjadi ummah contoh yang diikuti sepanjang zaman.

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم :
( Surah al-Hujurat ayat : 15 )
Yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)”.

Biar kita dicontohi kerana keperibadian dalaman yang terpuji mulia daripada kita hanya berpura-pura berbuat baik tanpa keikhlasan dalam hati. Biar Allah memahami dan mendengar niat baik kita daripada kita hanya bercerita kebaikan kita pada orang lain.

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik

PPSMI BUKAN SEKADAR AGENDA POLITIK

Setiap perancangan yang dilakukan pasti ada matlamatnya. Matlamat yang
jelas sewajarnya dilaksanakan dengan bijaks dalam membuahkan hasil yang
berkualiti. Tidak dapat dinafikan lagi, usaha dalam meningkatkan
penggunaan bahasa inggeris sememangnya ada kelebihannya yang tersendiri
di mana setiap masyarakat perlu mempelajari bahasa lain selain bahasa
ibunda apatah lagi bahasa inggeris yang kini menjadi bahasa dunia. walau
bagaimanapun kita harus mempertahankan bahasa kita sebagai asas
perjuangan bangsa dan negara kita, Malaysia.

Bukan satu kesalahan jika kita membantah sesuatu penyataan kerana setiap
individu ada persepsinya yang tersendiri. Seperti mana yang telah
diputuskan oleh bekas Perdan Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad berkenaan
sewaktu pemerintahannya ada relevannya. Sesungguhnya kita pun tahu
keikhlasan hatinya untuk memperjuangkan bangsa Malaysia di samping
meletakkan bahasa dan bangsa kita seiring dengan bangsa dan negara lain
yang lebih maju dari kita. Biar kita merangkak dahulu, tapi biarlah kita
mampu berdiri sendiri walaupun ada pihak yang cuba menggoyangkan
pendirian kita. Tidak salah kita belajar dari bangsa lain dahulu asalkan
kita tidak menggadai maruah bangsa dan negara kita.

Apabila sentuh tentang isu PPSMI seperti mana telah diputuskan oleh Tun
Dr. Mahathir Mohammed, ramai yang mempertikaikan kesan yang akan berlaku
pada masa akan datang. Ini menunjukkan masyarakat masih prihatin dengan
agenda kerajaan dan kepentingan rakyat. PPSMI merupakan satu agenda besar
yang akan memberi impak besar dalam masyarakat malaysia kini dan pada
masa depan. PPSMI bukanlah agenda mengetepikan bahasa sendiri atau
mengagungkan bahasa inggeris. Tapi ia satu inisiatif untuk kita
memahirkan diri dan mampu bersaing diperingkat global dalam bidang yang
penting dalam mempengaruhi pembangunan ekonomi dan masyarakat. Tidak
mustahil jika kita berjaya memahirkan diri kita dalam bidang tersebut,
kita juga mampu mengetengahkan bahasa melayu untuk tatapan seluruh umat
dengan kejayaan dan pencapaian kita sesungguhnya ada sikap bersatu padu
dan jati diri yang kukuh dalam meletakkan darjat bangsa Malaysia ke dunia
luar.

Tidak dapat dinafikan dasar ini akan mengambil masa yang lama untuk
diserasikan apatah lagi tidak semua pelajar yang fasih dalam bahasa
inggeris terutama dikawasan luar bandar. Perubahan yang drastik tidak
hairan jika tentangan hebat diterima kerana ia bagaikan satu kejutan dan
tahap keputusan semakin merosot secara kesuluruhannya. Namun kita harus
sentiasa berfikirkan dan berbincang bersama dalam menyatakan idea berbeza
dan bernas dalam mengatasi sesuatu isu supaya ada kata sepakat serta
keputusan yang dibuat ada kebijaksanaan dalam melahirkan insan berkualiti
dan menjadi icon dunia.

Tidak hairan ramai yang akan memperkatakan pelbagai perkara negatif
tehadap dasar ini kerana rata-rata masyarakat menggunakan bahasa melayu.
Dari sudut luarannya, andai masyarakat kita bijak dalam matematik dan
sains tapi apabila mereka menyambung pelajaran ke luar negara, mereka
tetap berada dibelakang apabila tidak memahami secara sepenuhnya bidang
yang diambil apabila mengalami kesukaran dalam mencari rujukan dalam
bahasa inggeris. Kita boleh berjaya dan menjadi cemerlang dalam negara
sendiri. Tapi adakah kita boleh cemerlang di negara luar?? Inilah yang
kita perlu fikirkan untuk masa depan.

Apabila ada perancangan, sudah tentu ada strategi untuk dilaksanakan.
Tapi pihak yang bertanggungjawab perlu melaksanakannya sebaik mungkin
supaya kesukaran yang dihadapi oleh masyarakat sama ada pelajar, guru dan
ibubapa tidak tertekan dan berputus asa dalam melahirkan insan yang
cemerlang.

Seperti mana yang telah diperkatakan oleh Timbalan perdana menteri
Malasyia, Tan Sri Muhayyidin Yassin kepada pemberita selepas
perjumpaannya dengan tujuh pertubuhan Cina mengenai isu pendidikan di
pejabatnya di sini," Saya mahukan semua rakyat gembura dengan pelan yang
akan dilaksanajkan sekali gus berpuas hati dengan dasar yang dilakukan
oleh kerajaan. ".

Katanya lagi, "Saya mesti pastikan semua sumber, infrastruktur
disediakan, ibu bapa gembira anak mereka tidak menjadi mangsa dan paling
penting ia akan mencapai dasar pengajaran kebangsaan."

Sunday 24 May 2009

Karnival Rakyat

Ketua Puteri CawanganTiti Serong, Amrina turut hadir bersama ahli yang lain sebagai tanda sokongan terhadap program tersebut.

Terdapat ramai pihak yang turut berniaga semasa program tersebut berlangsung



Antara aktiviti yang dilakukan menarik perhatian para pengunjung


Program : KARNIVAL RAKYAT
anjuran Wanita Umno Bahagian Bahagian Parit Buntar
Tempat : Sek. Ren. Kedai Empat
Tarikh : 24 Mei 2009 ( Ahad )