Pages

Tuesday 29 June 2010

Program khas ' ADIK ANGKAT' diperkenalkan



Seramai 11 orang pelajar telah terpilih menyertai program 'Adik Angkat' kepada Puteri UMNO Cawangan Titi Serong. Pemilihan pertama bagi pelajar yang menyertai program ini akan dipersetujui sebuiat suara keseluruhan ahli bagi mereka yang terawal mendaftar untuk program Tuisyen Komuniti.

Namun pemilihan yang seterusnya akan dibuat berdasarkan penilaian prestasi pendidikan, komitmen dan beberapa syarat lain yang ditetapkan oleh pihak puteri UMNO cawangan.

Bertujuan pendidikan dan kebajikan, program khas ini turut mempunyai keistimewaan tersendiri bagi pelajar yang terlibat. Antaranya :

* Pemantauan pembelajaran dan prestasi pengajian pelajar dari masa ke semasa berkuatkuasa pada hari pertama Tuisyen Komuniti diadakan.
* Memberi khidmat nasihat dan bantuan pendidikan secara percuma sehingga menduduki peperiksaan.
*sumbangan akan diberikan bergantung pada keperluan
* Peluang lawatan sambil belajar bersama Puteri UMNO cawangan seperti mana ditatapkan pada setiap tahun.
* Pelajar diberi peluang meneyertai aktiviti - aktiviti pendidikan dan sosial lain bagi meningkatkan kematangan diri mereka.

Monday 28 June 2010

PROGRAM MUTIARA HATI DAN PELANCARAN TUISYEN KOMUNITI



Titi Serong - Puteri Umno Cawangan Titi Serong telah melancarkan Program Mutiara Hati Dan Pelancaran 'Tuisyen Komuniti' berikutan wujudnya kesedaran betapa pentingnya Ilmu dan pengetahuan di kalangan masyakat pada masa kini dan akan datang. Oleh yang demikian, pihak puteri telah mengambil inisiatif secara langsung dalam pembangunan pendidikan setempat.



Puteri UMNO Cawangan Titi Serong dengan rasa prihatin melontarkan hasrat mereka untuk mewujudkan kelas tambahan bagi beberapa subjek yang penting seperti bahasa Inggeris dan Matematik bagi pelajar yang bakal menduduki UPSR dari umnur 10-12 tahun. Program tersebut juga diikuti dengan acara pemberian sumbangan kepada beberapa individu yang terpilih seperti warga emas, orang kurang upaya ( OKU ), ibu tunggal dan sebagainya.

Menurut ketua puteri UMNO cawangan, Amrina Md Saad "Program ini secara tidak langsung meningkatkan keprihatinan, integriti dan kewibawaan puteri umno cawangan terhadap sensitiviti dan keperluan masyarakat setempat."