Pages

Sunday 29 September 2013

Calon Ketua Puteri UMNO Bahagian Parit Buntar

Calon Ketua Puteri UMNO Bahagian Parit Buntar, AMRINA MD SAAD menawarkan diri bertanding demi memperkasakan puteri UMNO Bahagian Parit Buntar dan mengembalikan keyakinan golongan wanita muda semua peringkat untuk bersama-sama puteri UMNO Bahagian memperjuangkan maruah dan martabat bangsa dan agama.

Pengalaman kepimpinan lalu memberi lebih keyakinan untuk memimpin puteri UMNO diperingkat bahagian dengan lebih baik bagi memperkasakan wanita muda dalam segala segi termasuk pendidikan, ekonomi dan kebajikan terutamanya ahli puteri itu sendiri selain mewujudkan keharmonian dan sifat kekeluargaan dalam melakukan tanggungjawab bersama terhadap masyarakat.

Menurut beliau, " Berbekalkan hanya pengalaman kecil sebagai Ketua Puteri Umno Cawangan Titi Serong selama 9 tahun, Naib ketua puteri UMNO Bahagian selama 5 tahun dan ecxo Majlis Perwakilan Pelajar ketika belajar di UUM, Dengan ini saya bertekad untuk mengaplikasikan segala ilmu kepimpinan tersebut dalam usaha meramaikan ahli, menambahkan cawangan puteri serta memastikan relevannya puteri UMNO dalam membantu kemenangan pilihanraya yang ke 14 pada masa akan datang.

InsyaAllah. Sekiranya ada keizinan dari Allah SWT kepada saya memimpin barisan puteri UMNO bahagian, saya dengan hati yang terbuka dan rela akan membantu seluruh ahli dalam memimpin puteri di peringkat bahagian mahupun cawangan selain berkongsi ilmu pengetahun yang ada serta akan berusaha menjadi pemudah cara yang terbaik bagi pihak kerajaan dan masyarakat setempat."