Pages

Monday 28 June 2010

PROGRAM MUTIARA HATI DAN PELANCARAN TUISYEN KOMUNITI



Titi Serong - Puteri Umno Cawangan Titi Serong telah melancarkan Program Mutiara Hati Dan Pelancaran 'Tuisyen Komuniti' berikutan wujudnya kesedaran betapa pentingnya Ilmu dan pengetahuan di kalangan masyakat pada masa kini dan akan datang. Oleh yang demikian, pihak puteri telah mengambil inisiatif secara langsung dalam pembangunan pendidikan setempat.



Puteri UMNO Cawangan Titi Serong dengan rasa prihatin melontarkan hasrat mereka untuk mewujudkan kelas tambahan bagi beberapa subjek yang penting seperti bahasa Inggeris dan Matematik bagi pelajar yang bakal menduduki UPSR dari umnur 10-12 tahun. Program tersebut juga diikuti dengan acara pemberian sumbangan kepada beberapa individu yang terpilih seperti warga emas, orang kurang upaya ( OKU ), ibu tunggal dan sebagainya.

Menurut ketua puteri UMNO cawangan, Amrina Md Saad "Program ini secara tidak langsung meningkatkan keprihatinan, integriti dan kewibawaan puteri umno cawangan terhadap sensitiviti dan keperluan masyarakat setempat."

1 comment:

  1. syabas Pu3 umno tt serong kerja/amalan yg baik elok di teruskan;kadanng2 ada yg pandang serong.Biasalah manusia....

    ReplyDelete